15 March 2012

Alhamdulillah

Tenang rasa nya hidup sekarang ni. Not like before. Feeling anxious and anxiety for no reason. Bangun tidur rasa tak tenang, hidup seharian pun rasa ada yang tak kena. It feels like I haven’t completed something in my life. Kosong gila kot hati dalam beberapa minggu sebelum tu. At the same time, I thought of something. ‘Hijab, solat’. These two things I think when I woke up a few weeks ago. Bila bangun tidur terus cari mak. Tanya dia kenapa hidup macam ada yang tak kena je in these few days. ‘Amal ibadah kau kurang’. Terdiam terus masa tu. Selama ni bila mak cakap, tak ada lah rasa sentap sangat kalau berkait rapat dengan hal tu. Time tu tak tau kenapa terasa sentap sangat.

Mimpi buruk macam-macam ada. Tapi tak boleh share. Bak kata orang, mimpi kita tak perlu share. Cukup lah hanya kita je yang tau. So I’m not gonna share this with all of you. Cukup lah dengan bagi tau, mimpi tu menakutkan. Insaf terus dalam beberapa minit je. Time tu bangun tidur terus rasa nak mengalir. This is really pressurized me. I don’t know what should I do. Apa makna semua tu pun tak tau. As you guys know, I’m a Muslimah that doesn’t wear a hijab before. But i said I’m soo gonna wear that in the future when I ready. WHEN I’M READY. Ayat yang paling tak betul orang penah kata. I’m one of them. Saya salah

"Aurat itu hak Allah, bukan hak manusia. Siapa kita untuk berkata 'belum bersedia' atau 'belum sampai seru' untuk menutup aurat sedangkan arahan itu datang dari Pencipta kita?"

I have lots of pictures of myself on my social site without Hijab. But I generally dress quite modestly. I really enjoyed standing out. Tak tunjuk badan sexy sexy pun. Tapi tetap berdosa. Rambut tunjuk jugak. Think about something too ‘Kalau aku mati nanti, MashaAllah berdosa nya. Tak ada siapa tau password social site semua. Aurat yang masih terlihat dan dilihat oleh orang. Yang takkan penah padam’. After all of this passed, I’ve made my decision. Keputusan paling ikhlas. Tak ada paksaan, tak ada sebab nak berfashion. This is my OWN DECISION. I WEAR A HIJAB. Pakai terus tiba tiba. Tak penah tanya parents pun. I was terrified of wearing hijab before. Why? Takut apa orang nak kata. Takut sangat. Tapi kenapa perlu takut? Ni arahan Allah. Buat apa perlu takut kan? Ujian yang lagi berat lepas tu. I've heard several answers from people. Sindiran yang paling kuat, paling rasa tersentap jugak. Jawapan dari orang yang paling disayangi. It’s happened when dekat bazaar. Nak beli tudung

‘Buat apa nak beli tudung. Entah sebulan dua tudung kau tu dah terbang dah. Tak perlu beli banyak banyak’

Besar nya dugaan ni. Tak sangka. Saya nak orang support saya, tapi sindiran yang diterima. Dari orang yang paling saya sayang. PALING SAYA SAYANG. I feel like crying now. It’s not easy you know but it’s okay. Susah nak buat perubahan. Tapi tetap sabar. Allah sayang orang-orang yang sabar. ‘the more patient you are the more rewards you'll get’. I never took off my hijab. I once said this thing, ‘once I wear, I’ll wear this forever’.

Never mind what people going to think of me. I’m going to do what I think is RIGHT.

Tanya sekarang untuk siapa saya pakai ni?

I WEAR THIS FOR THE SAKE OF ALLAH

14 March 2012

Hawa,

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kamu dizalimi, hak kamu dicerobohi , kamu ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kamu hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kamu diangkat, maruah kamu terpelihara, kamu dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang Ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kalian, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni pernikahan

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian itu bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan itu juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

02 March 2012

March 12 :)

My ‘baby’ died without any post on it. In case you didn’t know, It still alive ya? Hi back readers!

First of all, let’s welcome March 2012 in our life! Hopefully, we will have lot of memories, a lot of joy, a lot of happy moment. Anyway getting to the point. It has been a month and a half I haven't written any post. I don’t know if I’m being lazy, no idea, no point. Or weeeell, I think I always ended up with ‘lazy’. Never mind. Life has treating me good. School torture as always, family has been very good too, friends has been very awesome too. Next week is my exam week on Tuesday. Scare me much. I hate test like this! Even tho it’s pretty much easier than the real, mid-term, but I hate test. It’s not that I hate those exam papers. I hate the ‘time’. 3 subjects in a day. I probably caught up with this now. Killing my inside! Seriously. But it is okay. I’ll have my first semester break after that. Just a week but I don’t care. At least we get the ‘holidays’. We love that right, school kiddosss? My brain can’t bear with this subject thingy. It feels damn good that I can rest and typing this post right now.