Sebulan lagi aku dah nak
tinggalkan dunia belajar. Kalau fikir sekali, rasa best. Tak sabar nak
tinggalkan assignment aku. Kalau fikir seribu kali, rasa sebak. Masa belajar ni
la benda paling manis. Yang pahit pun akan jadi manis. Sekarang mungkin takkan
rasa, tunggu lepas 2 3 bulan, muncul la perasaan tu heh. Tapi sekarang aku cuba
block dulu fikiran aku dari fikir. Aku ada benda paling besar lagi nak fikir,
final exam T.T
Nak fikir balik jap pencapaian aku selama 2 tahun setengah kat sini
Semester 1:
Semester paling bosan ye uolls. Dah
la aku tak rapat dengan classmates aku. Aku cuma rapat dengan beberapa orang
jelah di samping aku sampai sekarang ni. Jangan nak kata classmates je bosan,
subject pun benda yang aku tak suka. Dengan Malaysian Studies (sejarah),
business maths (subject yg buat aku gagal masa kat KPTM). Sebab kan these two
la aku teragak gila nak masuk kos ni balik. Adoi. Tapi cuba jelah ye dok, dok
rumah tak belajar nanti orang cop double bodoh karang. Dah la result SPM pun…. Hmph
malas cakap.
Wallahi ni waktu aku tak study
langsung! Quiz bawak toyol! Meniru! Final exam pun tak baca tapi tetiba dapat
result 3.52. Business maths yang paling tak tahan macam mana dapat A? HAHA! Aku
masatu taktau nak react camna. Nak je rasa happy melambung tapi fikir balik apa
yang melayakkan aku dapat result macam tu dengan keadaan yang bukan usaha aku
selama tu? T.T
Okay semester ni adalah sikit
sebanyak aku jadikan motivasi nak berjaya lagi sekali atas usaha aku sendiri.
Kalau Allah dah tunjukkan aku rezeki (untuk aku berubah & bersyukur) masa
waktu aku lalai, kalau aku usaha lagi sekali atas usaha aku mesti lagi gempakz
kan? Whatever it is, thanks YaRabb.
Semester 2:
Kalau orang tanya aku semester apa
paling aku tak boleh lupa, aku akan jawab Semester 2. Semester ni paling
bermakna bagi aku. Result aku terbang nun jauh ke langit. Aku score 3.83 ATAS
USAHA AKU. Aku rasa motivated nak belajar ni sebab most of the subjects
semester ni adalah subject favourite aku masa kat KPTM dulu ;) Rasa smooth je
belajar masa ni. Siap boleh tunjuk ajar lagi kat orang heh. Semoga Allah
berkati lecturer aku kat KPTM dulu yang buat aku suka subject ni hihihi. Tak
lupa jugak lecturer kat IIC tercinta aku yang buat subject ni double best, thumbs
up! XoXo
Masa ni aku takda dah nak
tiru-tiru, takda dah nak jadi pemalas terbaring taknak belajar, takda dah duduk
melanguk masa kawan aku settlekan assignment group. Semester ni aku start take
over duduk depan laptop pulak settlekan keje-keje group herher.
Semester 3:
Masa ni short sem 3 subjects je
aku carry. Mandarin salah satu dari nya. Bahasa yang aku tau kira 1-3 je selama
ni lols. Dah la foreign language memang tak la aku nak harap tetinggi nak score
kan. Cukup sekadar aku berusaha sebaiknya dan let Allah do the rest. Hampa la
jugak sepanjang belajar tu pening nak buat ayat bagai. Tapi aku ni kan kaki
menghafal, hafal jelah semua tu. Act, semua lecturer tau perangai aku
-_- tapi jangan risau, walaupun ayat aku ayat buku, aku paham apa yang aku
baca. Aku sendiri takkan baca kalau aku taktau. Jangan buat assumption ea?
Alhamdulillah masa ni aku naik ke
1 point lagi 3.9. Hardwork pay off jugak lah aku baca 1 buku mandarin tu.
Sekarang jangan tanya dah apa aku belajar. Lepas aku belajar, takda nya nak
praktik. Kalau aku ada kawan cina boleh lah praktik :/
Semester 4:
Errr semester ni masa aku first
daftar subjek aku dah jadi seorang yang pessimist. Aku kena belajar accounting
yerrr. I sucks in Math. Very much!
Belajar macam mana pun aku akan end up tidur. Kalau aku bajet-bajet belajar
masa aku sekolah dulu pun, aku tetap akan gagal. Tah la. Nampak sangat Maths
dengan aku ni memang selama nya tak ngam.
In the middle of semester ni,
tetiba rasa accounting ni best. Senang. As
easy as abc. Masa waktu ni jelahh. Masa quiz and final smooth je aku jawab.
Aku dah target aku A dari awal. Overconfident often kills me. Tapi kali ni dia
tak kill aku. Apa yang aku expect akhir nya aku dapat ehehehe. Naik la point
aku 4 mata kecil. 3.94 ;)
Semester 5:
Semester ni bagi aku subject dia
agak mudah di fahami. Mudah tapi susah nak score. Terutama nya subject Computer Application. Aku bukan pandai
IT pun. Aku mahir dekat Word je yang lain takda masa aku nak explore.
Disebabkan dah jadi part of subject yang aku perlu lulus, jadi kita berusaha
jela macam biasa. Risau jugak dari awal sampai akhir macam lost lagi je. Tapi
sebabkan aku cuba buat soalan spot, soalan past year dapat lah A jengjengjeng.
Yang lenlain memerlukan otak untuk hafal dan fikir logic macam biasa. Ni
kepakaran aku inshaAllah aku berusaha.
Jadi beruk lah jugak masa result
aku keluar. Masa ni aku takda expect pape. Aku tak expect pape lepas final.
Cuma aku ada rasakan ada yang aku rasa 100% aku boleh score, ada some yang
cannot. Tuptup tengok result tu macam SubhanAllah yeke nihhhh. Banyak kali lah
jugak log out log in balik. Kot salah ke kan. Aku dapat 4 flat! First time aku
masih rasa aku mimpi. Keesokan hari nya aku masih tenung result aku. Logout
login lagi yelah mana tau system rosak? Technical problem pun boleh jadi tapi
at the end, result tu tetap untuk aku tanpa sebarang masalah teknikal kecil pun
subhanAllah mashaAllah Allahuakbar terima kasih ya Allah. Tak pernah sekali pun
aku mimpi nak dapat 4.00. TAK PERNAH :’)
Semester 6:
Semester ni adalah masa-masa nya
di mana banyaknya aku terima negative comments tentang subjects yang aku ambil.
100x aku blame diri aku bodoh sangat pilih subject sesusah semua. Dah la short
semester semua rushing. (Tu la gaduh dengan org lagi sampai hancurkan study
plan yg kau dah plan lama BHAHAHA kawan2 aku je paham) Memang betul, subject
aku semua tough. Ada Business Law, ada Organizational Behavior (susah jugak
theory bombombayahhh semua), yang last sekali Public Relations. Pun sama payah
dia macam Organizational Behavior. Tapi Public Relations masuk kelas dia lagi
double nak tidur. Ikutkan OB lagi tak best. Tapi lecturer
PR aku suara agak mendayu-dayu, sweet & soft gitu jadi memang waktu tepat
nak tidur. Taktau nak kata berapa banyak setan gayut kat mata aku masatu. Dah
la kelas tu pagi T.T
Lagi bertambah low self-esteem
aku apabila ramai nya senior kata subject Law dan OB tu dah ramai sangat repeat.
Siap point out lagi kat aku siapa yang repeat :/ Lecturer PR aku pulak kata
subject tu nak dapat A tu mimpi dulu, sebab semua theory. Notes dia takda bunga
langsung tau, spacing cam 1.15 je semua aku rasa, font adalah dlm 9 10? HAHAHA
T.T okay sila bayangkan. Pages dia banyak tau.
Seperti biasa, jangan berhenti
setengah jalan. Instead, sekolah kan lah diri anda cukup2. Kalau dah cuba tapi
tak berjaya, bukan rezeki kita ye anak-anak. Aku cuba sampai akhir nya. Aku dah
bagitau mak ayah aku siap-siap, kalau carry mark orang teruk orang nak drop
kay? Tapi carry mark aku semua 50 above, masa depan aku dah kembali cerahhh.
Lepas pulun masa final, hari
result keluar muncul. Fikiran aku kosong. Aku tak berharap apa-apa, aku taknak
C je ya Allah itu sahaja. Kalau tak nanti pointer yg aku jaga selama ni drop
banyak T.T Tapi memang drop sikit pun GPA. From 4.00 to 3.9. 10 mata kecil
jugak tu jatuh. Tapi thanks Allah CGPA aku remain the sama tak jatuh. Jadi,
marilah ucap Alhamdulillah.
Semester 7:
Wallahualam. Aku exam start
hujung bulan 10 ke awal bulan 11 entah. Yang aku tahu 7 November hari terakhir
aku exam, selepas tu aku dah tinggalkan dunia belajar aku :) T.T
Itu sahaja pencapaian yg aku nak
share untuk masa depan aku kat sini. Aku rasa ni pencapaian yang paling
membanggakan dalam hidup aku. Dengan result SPM aku yang tak credit Maths (E),
yang tak melayakkan aku lepas SPM nak masuk Universiti awam, yang tetiba at the
end dapat Politeknik tapi aku tolak, zaman aku masuk KPTM at the end masih
tewas dengan Maths (Failed), dengan rasa berat hati masuk IIC dan akhirnya ini
tempat yang ubah masa depan aku 101%.
Kalau nak tanya pasal tips, rasa nya aku takda tips
Turning point aku untuk berubah adalah selepas aku dapat result pertama masa Semester 1.
Aku banyak kali gagal masa zaman sekolah. Tapi gagal macam mana pun aku tetap happy masa zaman sekolah :P
Apa-apa sekalipun, as cliche as it may going to sound, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Allah buka jalan untuk masa depan aku masa umur aku 19 tahun. Dari darjah 1 sampai form 5 aku jadi loser berseorangan tau. Dia adalah sebaik-baik perancang, tugas kita adalah selalu berusaha je okay?
Nikmat apa lagi yang aku kufurkan ya Allah?
Dah cukup jadi manusia berguna ke tah agak-agak :(
Kalau nak tanya pasal tips, rasa nya aku takda tips
Turning point aku untuk berubah adalah selepas aku dapat result pertama masa Semester 1.
Aku banyak kali gagal masa zaman sekolah. Tapi gagal macam mana pun aku tetap happy masa zaman sekolah :P
Apa-apa sekalipun, as cliche as it may going to sound, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Allah buka jalan untuk masa depan aku masa umur aku 19 tahun. Dari darjah 1 sampai form 5 aku jadi loser berseorangan tau. Dia adalah sebaik-baik perancang, tugas kita adalah selalu berusaha je okay?
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Dia,
Sentiasa letak Allah no 1 di hati, inshaAllah kejayaan milik kita semua
Allahuma Ameen <3 p="">3>