10 December 2015

Jihad :)

Kalau tengok balik pencapaian aku masa zaman sekolah, zaman kptm—beza dia bagai langit dan bumi. Dari segi akhlak, Alhamdulillah. Aku berjaya transform kepada seseorang yang “baru”. Dalam erti kata lain, yg lebih Allah redhai walaupun tak 100% luar dan dalam. Kita nak berubah ni, luaran inshaAllah mungkin boleh. Dari segi dalam tu, dalam pada kau kata “ Ya Allah esok aku taknak dah cakap bukan-bukan, aku taknak dah mengata si dia ni” time tu lah kepayahan dia rasa macammmm, Allah T_T Takpa bab kata lekcerer kita, pelan-pelan kayuh. Manusia ni setiap hari buat salah. I’m a sinner, we all do :)

Sebenar nya, hadiah terbesar aku bila aku dah mula cari Allah ni ialah apabila Allah kabulkan keinginan aku yang aku nak sangat sebelum ni. Sebelum ni puas sangat doa, puas dah doa SAMBIL LEWA. Hanya doa dan tadah tangan je tapi solat tak mau. Hasilnya, hanya sikit je yang Allah beri. Fair and square lah kan? Dah la tak cari Dia, ada hati nak macam-macam. Lepastu salahkan takdir kenapa tak dapat macam apa yang orang lain dapat. Bila kau dah mula sedar dan dapat apa yang kau nak sekarang, perasaan ni adalah PRICELESS. Punya lah hebat perancangan Allah, punya lah puas aku dikecewakan selama ni, rupa nya Allah nak bagi aku sesuatu yang lebih baik. Sangat baik. Self-appreciation. Sesuatu yang aku perlu bangga pada diri sendiri SAHAJA. Dengan orang lain tak perlu riak.

Result. Dean. Every Semester.

Inilah impian aku selama aku kecik. Tipu lah takda siapa yang impikan kejayaan. Walaupun dulu tak study pun tapi perasaan nak berjaya, nak bangga kan mak ayah tu ada tau. Masa UPSR result pun ada 2A je, yang lain cukup makan. Macam tu jugak masa PMR, still melekat dengan 2A dia tu. Sampai SPM takda langsung A dia. Masa tu sebenar nya agak kecewa. Sangat rasa nya, tapi depan orang buat cool la konon dah buat yang terbaik. Padahal aku study sambal lewa, solat takda, SEMUA takda. Serves you right, dear self. Sampai KPTM perangai masih sama cuma dah mula anggap study tu sebagai benda yang sangat penting. Ada la study certain subject, ada jugak yang condemn. Business Maths. Sepatutnya perlu repeat tapi dah berhenti awal, so tak perlu la. Kecewa? Yeap, still. Saaaampai je study kat tempat baru sekarang (ekceli takda la baru sebab dah setahun dah weee) bila dah mula cari langkah pada Tuhan balik, Allah bagi aku hadiah pertama masa semester 1 iaitu dean list! Nak tau tak, masa semester 1 kat sini aku ni sangat lah main-main. Final, quizzes semua haram baca sikit je. Agak terkejut both GPA CGPA dapat 3.52 cukup makan dean list dia. Allah, tengok perancangan Dia untuk aku. Sejak dari masa tu aku sangat2 semangat. Terharu dapat bagitau

Mak ayah adik dean listtttttttt.

Sampai semester 2 aku study hard, entah lah tetiba je gigih study. Masa tu jugak sebenar nya subject semester tu is subject yang aku dah penah belajar kat KPTM so agak biasa bagi aku. Cuma bagi informasi kat kengkawan jelah. Final tu hasil daripada usaha dan ingatan daripada KPTM dapat la achieve GPA 3.8 something. Semester 3 is short semester. Takda apa yang nak dibanggakan sangat even though dapat naik kan pointer GPA dengan CGPA lagi sebab yela, short kan. Subject sikit. That is why boleh score agak nya. Dapat la GPA 3.9. Akhir dia semester baru-baru ni. Last semester which is semester 4. Subject agak tough which is accounting lagi mandarin lagi advanced english lagi. Jenis-jenis lekcerer lak jenis taknak expose carry mark sebelum final muahahaha masak kauuu. Tak tenang langsung jawab. Ada kebaikan dia bila kau taktau—sebab certain student ni bila tau carry mark tinggi kan tak perform final. Tapi jenis aku—bukan nak bangga. Dapat banyak ke sikit ke aku tetap akan perform final sebab aku nak A. Masa final last semester tu pun gabra lah jugak. Dalam hati instinct kata mesti turun ni. Mustahil la makin naik sebab last 2 semester nya boleh la sebab subject sikit. Sekaliiii—Alhamdulillahhhhhhh :’)))))

Aku dapat jugak 3.94 GPA. CGPA 3.78

Makin dan semakin naik. Hampir ke 4 flat. Tapi tak yakin boleh capai—tah la. Kalau dapat, bersyukur sangat3. Jenis aku jenis manusia yang tak yakin. Aku tak mendoakan aku gagal maupun nak achieve dean lagi atau A atau apa je. Jenis aku—aku nak buat yang terbaik dan terbaikkkk. Selebih nya aku nak tawakal serah pada Allah. Aku dah usaha sehabis boleh :)

Itu je sebenar nya perkongsian aku. Blog ni sebenar nya catatan dairi hati aku walaupun jarang sangat update dia. Tahun ni baru 2 entri LOL. Rasa nya blog ni private kot—tah. Perkongsian aku ni bukan untuk tunjuk pandai, jauh sekali dari nak bangga dan tunjuk perasaan riak kat orang. Aku percaya mereka yang masih belum dikurniakan rezeki dari Allah tu cuma tengah menunggu masa sesuai je tu. Ingat lah—rezeki tu bukan datang dari segi wang ringgit je, kesihatan, kejayaan, kebahagiaan tu pun rezeki dari Allah. Jangan focus pada benda yang Allah tak makbul kan je, kita kena focus pada apa yang Allah telah beri pada kita selama ni. Hidup perlu bersyukur :)

P/s: Semoga rezeki yang Allah telah bagi pada kita selama ni—kita dapat balik bantu orang lain, dijauhkan dari perasaan riak, takbur dan segalanya

23 September 2015

Love After Marriage

Love after marriage,

Sejujurnya, dulu pun aku macam orang lain juga. Pernah bercinta, pernah rasa frust menonggeng sampai nangis bawah bantal, penah habis kan duit untuk beli topup dan sebagai nya. Allah tahu betapa aku menyesal sekarang. Aku bazir kan duit pada yang tak pasti. Aku lebih kan orang yg bukan mahram aku daripada aku cari cinta Dia.

Ye, aku tak sibuk untuk cari cinta Allah pun.

Hati aku tergerak nak menulis pasal ni harini. Kawan aku ada tanya,

'Eh takkan kau takda perasaan kat laki? Takkan takda terasa nak cari calon? Takkan. Ak tunggu je?'

Jawapan nya: Suka tu kan fitrah. Perasaan semula jadi yg Allah hadiahkan pada hamba2 Dia ni. Tipu la kalau tak penah ada perasaan 'suka' bila kita pandang yang bukan mahram, TIPU. Tapi, aku akan cuba avoid perasaan tu dari berleluasa. Aku taknak dia kuasai hati aku. Fikir positive, aku nak yang baik AKU yang kena cuba jadi baik dulu. Bab calon tu ada juga terfikir. Kadang-kadang bila termenung terfikir siapa la ye jodoh kita. Sama ada orang tu jauh atau dekat. Tapi aku fikir positive lagi, jodoh tu Allah dah tetap kan sayangku.

Jangan lupa, AJAL & JODOH tu dua benda yg berada di landasan yang sama. Tak terjamin lagi mana 1 yang akan sampai pada kita dulu. Korang tau kan, bila sampai masa kita menghadap Allah nanti, Allah tak tanya kita

'Macam mana urusan pencarian jodoh awak kat dunia?'

Sebalik nya Allah tanya dan hitung amalan-amalan kita kat dunia. Itu lebih utama sayangku.

Jawapan untuk segala persoalan, ye aku tak teringin untuk cari jodoh sekarang. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah bagi jodoh yang baik-baik untuk aku. Yang baik agama nya, akhlak nya, keturunan nya, mampu membimbing aku dan bawak aku ke syurga. Sekarang tugas aku cuma, cari cinta Allah. Bila kita dekat pada Dia, aku yakin Allah tau apa yang terbaik untuk aku. Apa yang kita mintak, inshaAllah senang dikabulkan :)

Cari Dia dulu okay, wahai sahabat?
Sayang korang kerana Allah.

Love,
Me

11 July 2014

Ramadhan

Assalamualaikum wrt wbt :)

Even tho blog ni dah jadi barang terbiar-- yang takda siapa nak tengok dah sebenar nya LOL. But never mind, biar lah blog ni jadi diari hati sebentar sementara masih rajin ni. Ada 2 topics sahaja rasa nya.

First of all;
Alhamdulillah all praise to Allah, dengan segala kepayahan dan rintangan dapat juga masuk belajar di IIC. Haaa nama penuh malas nak mention lah takut ada yang search nama penuh tempat ni karang terkeluar blog kita sekali haha ((perasan ada orang nak click)) Actually, before masuk dah check segala detail pasal sini dah. Kita ni jenis akan siasat A-Z pasal something yang kita bebetul nak. Dari facilities, course structure, dan segala macam yang penting. Taknak main pilih course tapi nanti tak boleh nak bawa subject dalam tu oh no no no!

Pesanan awal, sila check subject dalam course yang mungkin awak akan pilih tu ye ehem

First impression, kagum masa mula masuk. Besar. Although banyak suara sumbang pasal sini, cat buruk/elevator slow/facilities tak cukup, diorang taktau bertapa bersyukur nya kita kat sini compared dengan yang previous one. Diorang taktau semua tu sebab diorang tak merasa. Thats why bila ada yang complain depan kita, kita senyum je. Kekadang terkeluar juga ayat, "aku dulu lagi teruk dari ni wey. Korg takkan boleh handle. Serious talk" but still, tak faham, it's okay we're all human being anyway :) tak cukup dengan tu, diorang punya surrounding di college mashaAllah sooo beautiful. Memang lah ada yang pesen lain, tapi mostly buat aku rasa kerdil. Rasa kerdil bila terfikir masa lalu. Dari satu dah terdetik 1 benda, "oh Allah takdir kan aku kat sini sebab macam ni. Now aku faham"

Kenapa?

Ex; roommate, Roommate kita 2 orang berniqab soooo comel :) Time solat ada yang kejut and so on. Taktau nak explain macam mana. Betul mak kata, "bila kita kawan dengan orang yang baik, kita akan jadi baik juga" dan bak kata abg hafiz hamidun juga, "kalau nak tau diri kita macam mana, tengok kawan kita" Alhamdulillah kawan saya semua baik-baik. Diri sendiri je masih perlu diperbaiki. Bila tengok kawan jaga aurat, pakaian berlapis-lapis demi nak menjaga aurat dari pandangan mata yang bukan mahram tu, mashaAllah. Dari situ terasa nak ikut. Bukan sebab trend-- tapi masih berjinak-jinak. Ada kata-kata sikit ni, harap takda yang kata. "Eleh aurat dia, pakaian dia pun masih tak sempurna lagi, dah pandai nasihat" Hm rasa tak salah kan? Saling nasihat menasihati. Nak masuk syurga sama-sama actually :)

Kaum hawa, kalau harini kita free hair or penjagaan aurat masih tak sempurna, mula kan sikit-sikit dulu. Means, kalau kita free hair, kita belajar berselendang dulu. Pelan-pelan kita akan rasa selasa and terus bertudung inshaAllah. Kalau yang masih tak sempuna pula, apa kata kita mula kan dengan aurat yang kita anggap remeh. Contoh nya aurat kaki. Kita pun masih sesuaikan diri dengan yang tu. Hm jom belajar ye. Moga dipermudahkan. InshaAllah ameen ;)

Jazakillahu khaira, sisters!
Love you, lillahi ta'ala!

Ps; Minta tolong sangat-sangat doakan saudara kita di Gaza. Tak mampu dari segi wang, tadah tangan dah cukup. Diorang tidur tak lena macam kita, kita berpuasa sekejap sahaja pun dah mengeluh ibarat kita takkan makan dah. Ingat lah, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak kita kat sana, entah tidur entah tak. Entah sempat makan ke tak, sibuk ke sana sini menangis

Ada yang dah hilang seluruh ahli keluarga. Allahuakbar. Damai lah di syurga saudara ku