Kalau tengok
balik pencapaian aku masa zaman sekolah, zaman kptm—beza dia bagai langit dan
bumi. Dari segi akhlak, Alhamdulillah. Aku berjaya transform kepada seseorang
yang “baru”. Dalam erti kata lain, yg lebih Allah redhai walaupun tak 100% luar
dan dalam. Kita nak berubah ni, luaran inshaAllah mungkin boleh. Dari segi
dalam tu, dalam pada kau kata “ Ya Allah esok aku taknak dah cakap bukan-bukan,
aku taknak dah mengata si dia ni” time tu lah kepayahan dia rasa macammmm,
Allah T_T Takpa bab kata lekcerer kita, pelan-pelan kayuh. Manusia ni setiap
hari buat salah. I’m a sinner, we all do :)
Sebenar nya,
hadiah terbesar aku bila aku dah mula cari Allah ni ialah apabila Allah
kabulkan keinginan aku yang aku nak sangat sebelum ni. Sebelum ni puas sangat
doa, puas dah doa SAMBIL LEWA. Hanya doa dan tadah tangan je tapi solat tak
mau. Hasilnya, hanya sikit je yang Allah beri. Fair and square lah kan? Dah la
tak cari Dia, ada hati nak macam-macam. Lepastu salahkan takdir kenapa tak
dapat macam apa yang orang lain dapat. Bila kau dah mula sedar dan dapat apa
yang kau nak sekarang, perasaan ni adalah PRICELESS. Punya lah hebat
perancangan Allah, punya lah puas aku dikecewakan selama ni, rupa nya Allah nak
bagi aku sesuatu yang lebih baik. Sangat baik. Self-appreciation. Sesuatu yang
aku perlu bangga pada diri sendiri SAHAJA. Dengan orang lain tak perlu riak.
Result. Dean. Every Semester.
Inilah
impian aku selama aku kecik. Tipu lah takda siapa yang impikan kejayaan.
Walaupun dulu tak study pun tapi perasaan nak berjaya, nak bangga kan mak ayah
tu ada tau. Masa UPSR result pun ada 2A je, yang lain cukup makan. Macam tu
jugak masa PMR, still melekat dengan 2A dia tu. Sampai SPM takda langsung A
dia. Masa tu sebenar nya agak kecewa. Sangat rasa nya, tapi depan orang buat
cool la konon dah buat yang terbaik. Padahal aku study sambal lewa, solat
takda, SEMUA takda. Serves you right, dear self. Sampai KPTM perangai masih
sama cuma dah mula anggap study tu sebagai benda yang sangat penting. Ada la
study certain subject, ada jugak yang condemn. Business Maths. Sepatutnya perlu
repeat tapi dah berhenti awal, so tak perlu la. Kecewa? Yeap, still. Saaaampai
je study kat tempat baru sekarang (ekceli takda la baru sebab dah setahun dah
weee) bila dah mula cari langkah pada Tuhan balik, Allah bagi aku hadiah
pertama masa semester 1 iaitu dean list! Nak tau tak, masa semester 1 kat sini
aku ni sangat lah main-main. Final, quizzes semua haram baca sikit je. Agak
terkejut both GPA CGPA dapat 3.52 cukup makan dean list dia. Allah, tengok perancangan
Dia untuk aku. Sejak dari masa tu aku sangat2 semangat. Terharu dapat bagitau
Mak ayah adik dean listtttttttt.
Sampai
semester 2 aku study hard, entah lah tetiba je gigih study. Masa tu jugak
sebenar nya subject semester tu is subject yang aku dah penah belajar kat KPTM
so agak biasa bagi aku. Cuma bagi informasi kat kengkawan jelah. Final tu hasil
daripada usaha dan ingatan daripada KPTM dapat la achieve GPA 3.8 something.
Semester 3 is short semester. Takda apa yang nak dibanggakan sangat even though
dapat naik kan pointer GPA dengan CGPA lagi sebab yela, short kan. Subject
sikit. That is why boleh score agak nya. Dapat la GPA 3.9. Akhir dia semester
baru-baru ni. Last semester which is semester 4. Subject agak tough which is
accounting lagi mandarin lagi advanced english lagi. Jenis-jenis lekcerer lak
jenis taknak expose carry mark sebelum final muahahaha masak kauuu. Tak tenang
langsung jawab. Ada kebaikan dia bila kau taktau—sebab certain student ni bila
tau carry mark tinggi kan tak perform final. Tapi jenis aku—bukan nak bangga.
Dapat banyak ke sikit ke aku tetap akan perform final sebab aku nak A. Masa
final last semester tu pun gabra lah jugak. Dalam hati instinct kata mesti
turun ni. Mustahil la makin naik sebab last 2 semester nya boleh la sebab
subject sikit. Sekaliiii—Alhamdulillahhhhhhh :’)))))
Aku dapat jugak 3.94 GPA. CGPA 3.78
Makin dan
semakin naik. Hampir ke 4 flat. Tapi tak yakin boleh capai—tah la. Kalau dapat,
bersyukur sangat3. Jenis aku jenis manusia yang tak yakin. Aku tak mendoakan
aku gagal maupun nak achieve dean lagi atau A atau apa je. Jenis aku—aku nak
buat yang terbaik dan terbaikkkk. Selebih nya aku nak tawakal serah pada Allah.
Aku dah usaha sehabis boleh :)
Itu je
sebenar nya perkongsian aku. Blog ni sebenar nya catatan dairi hati aku
walaupun jarang sangat update dia. Tahun ni baru 2 entri LOL. Rasa nya blog ni
private kot—tah. Perkongsian aku ni bukan untuk tunjuk pandai, jauh sekali dari
nak bangga dan tunjuk perasaan riak kat orang. Aku percaya mereka yang masih
belum dikurniakan rezeki dari Allah tu cuma tengah menunggu masa sesuai je tu.
Ingat lah—rezeki tu bukan datang dari segi wang ringgit je, kesihatan, kejayaan,
kebahagiaan tu pun rezeki dari Allah. Jangan focus pada benda yang Allah tak
makbul kan je, kita kena focus pada apa yang Allah telah beri pada kita selama
ni. Hidup perlu bersyukur :)
P/s: Semoga rezeki yang Allah telah bagi pada kita
selama ni—kita dapat balik bantu orang lain, dijauhkan dari perasaan riak,
takbur dan segalanya
0 loves:
Post a Comment
Thanks comment mine ♥