23 September 2015

Love After Marriage

Love after marriage,

Sejujurnya, dulu pun aku macam orang lain juga. Pernah bercinta, pernah rasa frust menonggeng sampai nangis bawah bantal, penah habis kan duit untuk beli topup dan sebagai nya. Allah tahu betapa aku menyesal sekarang. Aku bazir kan duit pada yang tak pasti. Aku lebih kan orang yg bukan mahram aku daripada aku cari cinta Dia.

Ye, aku tak sibuk untuk cari cinta Allah pun.

Hati aku tergerak nak menulis pasal ni harini. Kawan aku ada tanya,

'Eh takkan kau takda perasaan kat laki? Takkan takda terasa nak cari calon? Takkan. Ak tunggu je?'

Jawapan nya: Suka tu kan fitrah. Perasaan semula jadi yg Allah hadiahkan pada hamba2 Dia ni. Tipu la kalau tak penah ada perasaan 'suka' bila kita pandang yang bukan mahram, TIPU. Tapi, aku akan cuba avoid perasaan tu dari berleluasa. Aku taknak dia kuasai hati aku. Fikir positive, aku nak yang baik AKU yang kena cuba jadi baik dulu. Bab calon tu ada juga terfikir. Kadang-kadang bila termenung terfikir siapa la ye jodoh kita. Sama ada orang tu jauh atau dekat. Tapi aku fikir positive lagi, jodoh tu Allah dah tetap kan sayangku.

Jangan lupa, AJAL & JODOH tu dua benda yg berada di landasan yang sama. Tak terjamin lagi mana 1 yang akan sampai pada kita dulu. Korang tau kan, bila sampai masa kita menghadap Allah nanti, Allah tak tanya kita

'Macam mana urusan pencarian jodoh awak kat dunia?'

Sebalik nya Allah tanya dan hitung amalan-amalan kita kat dunia. Itu lebih utama sayangku.

Jawapan untuk segala persoalan, ye aku tak teringin untuk cari jodoh sekarang. Aku cuma mampu berdoa semoga Allah bagi jodoh yang baik-baik untuk aku. Yang baik agama nya, akhlak nya, keturunan nya, mampu membimbing aku dan bawak aku ke syurga. Sekarang tugas aku cuma, cari cinta Allah. Bila kita dekat pada Dia, aku yakin Allah tau apa yang terbaik untuk aku. Apa yang kita mintak, inshaAllah senang dikabulkan :)

Cari Dia dulu okay, wahai sahabat?
Sayang korang kerana Allah.

Love,
Me

0 loves:

Post a Comment

Thanks comment mine ♥